tidakku sangka kedatanganku ke sini akan menemukan kita berdua. kau tiba saja muncul dalam ruang hidupku.
aku telah jatuh cinta pada pulaumu ini j. pada keheningan bermandi embun di telaga tujuh. pada pesta warna ufuk barat dan malam bulan terang di pantai cenang nan damai. pada deru angin hujan di pantai tanjong rhu. pada kehijauan. pada ...
atau adakah ini semua kerana kehadiranmu j? adakah kau yang membuat pulau ini bagaikan syurga untukku?
telah terlalu lama aku memburu kedamaian ini. telah sekian lama aku merindui sebuah wajah redup untuk mengisi petak-petak kosong dalam jiwaku.
"aku akan pulang minggu depan j'"
"dan aku akan menyusulimu lia. aku takkan dapat di sini lagi tanpamu'"
airmataku gugur satu-satu.
tetapi langkawi, kisah hidup puterimu Mahsuri tidak berakhir dengan bahagia. seperti kisah pertemuan kita j. sebuah pertemuan yang tidak menjanjikan kebahagiaan.
itulah sebabnya aku tinggalkan kau j.
aku tinggalkan pulau kelahiranmu itu dengan tergesa-gesa tanpa memberitahumu.
aku sebenarnya lari darimu j. dari sebuah kisah tanpa akhir.
aku bukan untukmu sayang.......
1/9/1987 utusan msia. hakcipta terpelihara oleh tehtamgam/ s dewi
im loving all ur short stories ma..hehe
ReplyDelete