Followers

Sunday, 23 September 2012

mencari damai ii

tiba-tiba aku merasa sunyi. jalan semakin sempit. tiada lagi kenderaan. tiada lagi hingar-bingar manusia yang terkejar-kejar. cuma kelihatan seorang lelaki tua sedang mengayuh basikal yang seusia dengannya.

rumah-rumah kedai bertukar senibinanya. aku merenung pada ciri rumah Melayu pada tingkap, pintu dinding papan yang bercampur dengan rekabentuk kedai Cina. bertiang bata dengan lepa kapur, lantai jubin terra cotta dan kemasan bumbung jubin Cina.

tetapi semua rumah kedai ini tertutup. tiada penghuni. di manakah aku?

setelah beberapa lama berjalan di kaki lima yang teduh, aku dikejutkan dengan sebuah bangunan lama berbumbung nusantara, sebuah menara tinggi berbentuk octagonal di sisinya. sebuah Masjid lama!

di sekelilingnya beberapa buah rumah Melayu yang hampir roboh!

aku bagai ditarik oleh sesuatu untuk masuk ke dalam masjid.berwudhuk di sebuah kolah berlumut hijau. menunaikan solat Tahiyattul Masjid dan fardhu Zohor.

kemudian aku menyandarkan diri yang gusar ke sebuah tiang dalam ruang utama. sejuknya mengalir ke dalam diri. aku  pejamkan mata. damainya.

"anak dari mana?"

aku tersentak. ku lihat seorang lelaki tua berserban putih bersih berjubah 
hijau  buah zaitun tersenyum tenang di depanku.

"mesti dari pejabat kan?"

aku mengganguk.

"anak tak pernah datang sini kan?" tuturnya lembut dengan sebutan yang agak asing bagiku. "ini Masjid Melayu pertama di tanjong, dibina oleh orang Acheh hampir 200 tahun dahulu."

aku terpukau mendengar cerita seterusnya dari pakcik yang sinonim benar dengan Masjid ini. tentang komuniti Melayu Acheh yang berdagang rempah, batu permata, sutera dan berbagai barangan lagi di sini sejak kurun ke 17 lagi.

di zaman kegemilangan Masjid ini, kawasan ini adalah pusat pendidikan agama Islam dan pusat penerbitan kitab dan buku terkemuka di seluruh kepulauan Nusantara. jua tempat persinggahan jemaah Haji yang akan ke Mekah!

rumah pengasas Masjid, Tengku Syed Hussain Al-Aidid, masih terdiri. kemudian aku melihat pula rumah Kadhi pertama di tanjong, Sheikh Omar Basheer. rumah ini kosong kini.

rumah bersebelahan ada penghuni tetapi cuma penyewa. seorang wanita sedang menyidai kain di ampaian. dua orang kanak-kanak berlari-lari di keliling.






2000 rose avenue. hakcipta terpelihara oleh tehtamgam

No comments:

Post a Comment