indahkan z, hari itu?
walau esoknya kita akan berpisah, aku tidak mau bersedih ketika itu. kerana terlalu banyak waktu nanti untuk bersedih bila kelak kau telah pergi.
"mengapa tangkai dan kelopak bercerai z?"
manis, kelopak jatuh supaya putik menjadi buah. pengorbanan kelopak demi kebahagiaan pohon nan rendang.
sebenarnya kelopak tidak bercerai dengan tangkai z?
tidak manis, aku akan kembali dengan kejayaan kita berdua kelak. kau inspirasiku. tanpamu aku binasa.
itulah sumpah sucimu z.
berat sekali ku lihat kau bertolak esoknya. ketika kau tidak kelihatan lagi dilarikan keretapi, tiba saja aku merasa kosong. vacuum.
seperti tiba saja sebahagian dari diriku hilang entah ke mana. dan aku tidak tahu di mana untuk mencarinya.
sejak itu mulalah suatu penantian yang tidak berhujung. hari-hari sepi datang menyapa dan berlalu.
menari-nari di depan mataku. mengusik hatiku.
suratmu adalah mentariku. jika suratmu tidak tiba, hariku gelap dan sejuk. aku jadi hamba pada perasaan.
tetapi z, mengapa tiba saja suratmu bertukar wajah?
dan kini tiada langsung? sepi. bagai setitis air terakhir yang meresap ke dalam pasir di sahara.
z, sebenarnya kau tidak pernah menumpahkan kasihmu padaku. itu yang sebenarnya.
tanyalah pada angin. tanyalah pada pucuk nyiur yang melambai-lambai.....
sebenarnya z, kasihmu hanyalah pada seorang gadis. bukan untuk diriku.
cuma kebetulan aku gadis yang berdiri di depanmu ketika itu.
bukan kerana diriku sebagai aku!
utusan msia 29.11.1979,. hakcipta terpelihara oleh tehtamgam/ dewi sutera
No comments:
Post a Comment