Followers

Sunday, 23 September 2012

mencari damai iii

bila aku bertanya, wanita itu berkata, " kami sewa bilik di sini, tak mampu nak sewa sebuah rumah. suami kak hanya kayuh beca. nak beli rumah sendiri jauh sekali." matanya bergenang memandang padaku.

sejalur keinsafan bertandang.

di kelilingi kemakmuran, di zaman IT ini rupanya ada lagi yang terpinggir di sini. ramai lagi yang masih belum bertemu jalan keluar dari himpitan kemiskinan.

Astaghfirullahalazim! mengapa aku tersasar jauh begini? di mana rasa bersyukur yang patut ada dalam diri?

di usia 20-an ini aku sudah punya pekerjaan yang baik dengan masa depan yang cemerlang jika aku bijak menyusun usaha dalam bidang yang sangat aku minati. aku juga sudah memiliki kereta sendiri dan tempat tinggal yang selesa di kawasan kondusif.

melihat sebuah kehidupan penuh dilema di depanku, aku mula muhasabah diri. mula menghargai semua rezeki yang telah diberi Yang Maha Esa padaku.

terasa begitu kecil masalah di tempat kerjaku bila dibandingkan dengan hidup wanita sebangsa dan seagamaku ini. apalah sangat tekanan dari bos aku itu? di manakah ketahanan mental dan fizikalku?

"terima kasih kak!" aku bersalaman dengan wanita separuh umur yang kelihatan kehairanan itu.

"untuk apa dik?" dia bertanya.

"kerana kakak telah sedarkan saya dari mimpi" aku senyum padanya. aku berpaling mencari pakcik tadi.

"mana pakcik tadi kak?"

"pakcik mana?"

"tak apalah kak. mungkin dia telah kembali ke Masjid!"

"tapi ......."

aku tinggalkan wanita itu yang masih menggaru kepala. aku melangkah penuh tekad. bagai tak sabar lagi ke pejabat. membereskan semua tugasan. menjadi seorang yang bersyukur dengan rezeki jua dugaan.



2000, rose avenue. hakcipta terpelihara oleh tehtamgam


No comments:

Post a Comment