Followers

Monday, 24 September 2012

hati, mengapa bersedih?

aku membuang masa lagi petang ini. melihat anak-anak bermain di luar sana. riuh-rendah. tetapi aku tidak menumpang keriangan mereka.

hati, mengapa bersedih? perasaan, mengapa ingin melayang jauh? mengapa begitu z?

seperti saja aku terlihat kau berlari-lari bersama anak-anak itu. kau suka berlari begitu z, suka mengusik aku.

seperti suatu senja dulu di pantai. ingatkah lagi z? kau berlari meninggalkan aku. menakutkan aku.

tetapi itu cuma usikan. kau tidak meninggalkan aku. kau kembali ke sampingku.

dan ombak yang berlabuh di pasir halus merestui kita. percikan air masin yang menyentuh pipiku adalah serpihan doa dari alam yang menyintai kita!

ingatkah lagi z?

tetapi kini di manakah petang-petang mesra? mana perginya malam-malam manja? di manakah kau z?

rasanya terlalu lama kau tiada. mungkin ini kerana aku cuma setiap hari mengira lelehan waktu. dan waktu kerapkali membawa aku begitu jauh...

tetapi waktu tidak berjaya menerbangkan aku jauh dari kenangan. dari arca-arca hari-hari manis bersamamu.waktu juga tidak dapat membantuku melawan kesedihan yang kini menjadi parasit dalam diriku.

ah z betapa manisnya di sampingmu. masih jelas padaku sehari sebelum kau pergi meninggalkan aku. pergi untuk mengharung lautan bergelora, untuk kelak menuai segala kutipan ilmu. itu katamu.




utusan msia 29/11/1979. hakcipta terpelihara oleh tehtamgam/ sdewi sutera

No comments:

Post a Comment