dia termenung sebentar. naluri keibuannya tersentuh melihat dira menangis begitu. namun desakan rindu dan suatu keperluan perasaan mengatasi kehendak anaknya.
dia tidak teragak-agak memilih untuk bertemu kekasihnya malam ini. dan meninggalkan bersendirian anaknya yang akan menghadapi peperiksaan utama yang pertama.
titisan hujan masih berlumba-lumba menuruni windscreen kereta. waktu sudah menjangkau 8 malam. tidak banyak kenderaan lain di jalan.
"aku akan tiba di pengkalan L pukul 10 malam. janganlah tergesa-gesa. pandu kereta tu biar berhati-hati. kita jumpa ya .... ada sesuatu yang ingin ku beri padamu .... penting..." lembut suara jazmi di telefon semalam.
hatinya berdebar-debar. bagaimana nanti dia harus menerima lamaran jazmi? dia sebenarnya sudah terlupa cara seorang wanita berhadapan dengan situasi sensitif itu.
perlukah dia menunjukkan rasa bahagia yang melonjak-lonjak? ataupun lebih sopan baginya berselindung di sebalik sebuah senyuman malu sahaja?
apakah jazmi akan menyarung sebuah cincin permata di malam ini juga? jazmi tentu masih ingat bahawa permata kesukaannya ialah amethyst. rona ungu cair bak lembayung senja halus kilauannya penuh misteri.
dan sebagai seorang kekasih yang tidak sabar tentu jazmi akan meminta dipercepatkan hari perkahwinan mereka.
mampukah nanti dia membendung kebahagiaan sehebat ini? segala harapan yang terhimpun hingga ke saat ini akan mekar berbunga. pengkalan L akan menjadi saksi kepada sebuah hasrat yang tercapai jua akhirnya!
majalah wanita 1999. hakcipta terpelihara oleh tehtamgam/ riana delia
No comments:
Post a Comment