"ammal, pergi meeting pukul 2 nanti di aras 25!" suara bos berlabuh di hujung pendengaranku sebaik sahaja aku duduk di kerusi.
aku baru balik dari mesyuarat di jabatan N. di atas mejaku bertimbun fail dan kepingan kertas.
"ammal mana laporan yang patut siap hari ni?" "ammal apa kemajuan projek di jabatan K?" "ammal ....." "ammal ...."
suara bos terngiang-ngiang di telinga. aku buntu. aku bagai pohon kerdil diasak ribut taufan dari kiri kanan. peluh dingin memercik di dahi. tangan mula rasa lembab.
entah dari mana datangnya kekuatan dan ide. aku tak pasti.
jam di tangan menunjukkan pukul 1 petang. aku perlu keluar sebentar. demi kewarasanku. lalu jari cepat mencapai beg dan kaki menuju lobi lif. pantas sekali.
destinasi tidak ku ketahui; yang pastinya aku terus berjalan. dan berjalan. menyelusuri jalan-jalan sempit kota tanjong. panas matahari bulan julai tidak terasa. yang penting aku mesti mencari damai. tapi di mana?
No comments:
Post a Comment