Followers

Monday, 24 September 2012

di hujung pelangi iii

aneh bila difikirkan. setelah 20 tahun terpisah, menjalani hidup yang berbeza, tiba-tiba kitaran waktu yang tidak difahami mempertemukan mereka semula.

dia telah setahun berpisah dengan bekas suami. jazmi pula di ambang kebosanan sebuah perkahwinan yang menjangkau 10 tahun.

entah mengapa dia begitu senang tewas kepada hembusan cinta dari lelaki yang pernah disayanginya.

"kakak tak serik ke dengan lelaki?" adiknya lina mengajukan soalan yang tidak digemarinya.

"baru setahun bergelar janda sudah jatuh hati!" lina empat tahun lebih muda darinya tetapi ada waktu lebih matang pandanganya.

"tapi j bukan sebarang lelaki lina. kakak kenal hati budinya."

"berhati-hatilah kak, takut kalau j hanya ingin membalas dendam pada kakak'"

"tak mungkin lina, j baik orangnya. kakak tahu dia ikhlas. jangan kau risau. kakak yakin kami diberi peluang kedua."

mereka berpisah dulupun kerana dia yang tinggalkan jazmi. angkara fikiran remaja yang tidak rasional dia berpaling pandang. jazmi yang tidak berdosa dihumban ke lurah perit.

kini dia ingin betulkan sejarah. jazmi yang pemaaf sedia menerimanya buat kali kedua. keikhlasan jazmi antara pedang menikam hatinya, melemahkan ketahanan dirinya, menawan segenap rongga perasaannya.

walau jazmi kini suami orang, dia tidak dapat menghalang dirinya dari membalas permintaan lelaki yang muncul dari lipatan sejarah hidupnya itu.

mereka sebenarnya belum puas bercinta.masing-masing masih mencari-cari sesuatu yang belum pasti.

kini sudah 3 bulan dia dan jazmi dibuai rasa yang mengancam untuk memporak-perandakan 2 keluarga.

anak-anaknya belum diberitahu lagi tentang kehadiran bakal seorang bapa tiri. isteri jazmi khabarnya sudah mula syak tentang ketidakjujuran suaminya.




majalah wanita 1999. hakcipta terpelihara oleh tehtamgam/ riana delia

No comments:

Post a Comment