Followers

Monday, 24 September 2012

di hujung pelangi i

sesekali pancaran kilat menyilaukan mata. dia perlahankan proton satria hijaunya. hujan lebat mencurah-curah. mengehadkan penglihatannya sehingga 1 meter sahaja.

pengkalan L masih jauh, malam semakin larut. lagu 'selasihku sayang' mendayu-dayu di radio. rasa bahagia di hatinya kian semarak. bercambah dan menjalar. menyentuh setiap ruang dalam dirinya.

"ibu, esok exam UPSR dira kan?" anaknya bersuara sebaik saja dia melangkah keluar pintu rumahnya petang tadi. dia terhenti seketika.

"tetapi ibu terpaksa pergi malam ni juga. pak su hantar dira ke sekolah esok ya sayang?"
dia memegang bahu dira, merayu sebuah pengertian.

"dira nak ibu hantar!"

jelas kelihatan perubahan di wajah kelat dira, anak sulungnya. gadis baru mencecah usia 12 tahun yang semakin kerap merajuk akhir-akhir ini.

"ibu ada hal penting malam ni;"

"lebih penting dari dira?" dan anaknya berlari masuk, airmata berguguran di pipi.





majalah wanita 1999. hakcipta terpelihara oleh tehtamgam/ riana delia

No comments:

Post a Comment